Thursday, 19 July 2012

pengenalan peripherals komputer



DEFINISI



Peripheral adalah hardware tambahan yang disambungkan ke komputer, biasanya dengan bantuan kabel. Peripheral ini bertugas membantu komputer menyelesaikan tugas yang tidak dapat dilakukan oleh hardware yang sudah terpasang didalam casing. Ada berbagai jenis peripheral dengan berbagai tugasnya.

  1. Kad Rangkaian (Network Card)
1.1  Kad rangkaian merupakan salah satu kad antara muka yang diperlukan oleh komputer untuk membuat sambungan ke Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan Internet.

1.2  Ia bertanggungjawab untuk mengendalikan penghantaran dan penyimpanan maklumat rangkaian. Kepentingan kad rangkaian semakin ketara dengan kepopularan jalur lebar pada masa kini.

2.    Pencetak (Printer)
2.1  Pencetak adalah persisian (peripherals) luaran dan alat keluaran (output) yang utama untuk menghasilkan keluaran dalam bentuk cetakan.

2.2  Secara umumnya, pencetak terbahagi kepada dua kategori iaitu pencetak impak dan pencetak tidak impak.

2.2.1        Pencetak impak beroperasi dengan menghentak mata pencetak (printhead) ke kertas. Ia menggunakan mekanisme penghentak untuk menghentak reben yang mempunyai dakwat. Reben terletak di antara penghentak dan kertas cetak. Apabila penghentak menghentak kertas cetak, ia akan meninggalkan kesan pada belakang abjad yang hendak dicetak. Contoh bagi pencetak impak ialah sistem dot matriks. Pencetak jenis ini cukup popular pada masa dahulu tetapi tidak pada masa sekarang. Kebanyakan orang lebih suka menggunakan pencetak jenis dakwat dan laser. Kelebihan pada pencetak impak ialah kos pencetakan lebih murah, harga kartrijnya yang murah, jumlah cetakan yang banyak dan juga mampu menampung media panjang (fanfold paper).

2.2.2         Pencetak tidak impak tidak menggunakan penghentak untuk menghentak reben dan ia begitu senyap semasa beroperasi. Ia beroperasi secara menabur dakwat dan toner ke atas kertas. Contoh bagi pencetak tidak impak ialah jenis dakwat (inkjet atau buble jet) dan jenis laser (laser jet).

2.3  Terdapat 3 jenis pencetak iaitu pencetak dot matriks, jet dakwat (ink jet) dan laser.

2.3.1      Pencetak dot matrik
a)    Pencetak dot matrik sama seperti operasi daisy wheel tetapi menggunakan garisan pin untuk memberi gambaran yang sesuai. Pin tersebut disusun secara garisan menegak. Setiap pin akan mencetak secara individu. Setiap gambaran dibina dari sesetengah atau semua pencetak dot dari pin dan kemudian akan menggerakkan kepala pencetak kepada matrik untuk mendapatkan gambaran di bawah :






Rajah 1: Pencetak Dot Matrik

b)    Nombor-nombor pin tersebut boleh menjadi di antara 9 hingga 24, lebih banyak pin lebih baik kualiti yang boleh diperolehi. Semasa mencetak, pin tersebut boleh mencetak sebanyak dua kali untuk memberi penindihan dalam kualiti mencetak. Ini memberikan gaya mencetak mesin taip dan juga Near Letter Quality, or NLQ.

c)    Kelebihan pada dot matrix ialah dot matrik tidaklah terhad kepada set perkataan dan juga boleh menghasilkan apa-apa jenis perkataan termasuk juga gambar.

2.3.2      Pencetak dakwat (ink jet) atau Buble jet.
a)    Pencetak jenis ini adalah jenis pencetak tidak impak. Pencetak dakwat beroperasi sama seperti dot matrik. Perbezaannya ialah dakwatnya mempunyai lubang yang banyak atau nozzles. Dakwat tersebut menghentak melalui lubang ini. Bilangan lubang nombor yang banyak lebih kurang 50  atau 64 lubang nombor akan memberikan resolusi yang lebih baik pada kertas. Pergerakan kepala (head) pencetak juga amat baik, memberikan 300 dot per inci pada kertas. Ink jet dan Bubble Jet adalah sama, satu teknologi penghentakan dalam penyambungan dakwat jenis penghentak dalam siri Bubble.








Rajah 2 : Pencetak dakwat (ink jet)

2.3.3Pencetak Laser
a)    Teknologi pencetak Laser  merupakan kaedah off-shoot dalam penyalin cetak. Pencetak Laser menggunakan cahaya berketepatan tinggi untuk membuat corak pada drum. Serbuk yang baik, atau toner, menarik kepada drum di mana ia datang ke dalam dan berhubung pada kertas.

b)    Kemudian apabila kertas tersebut akan melalui wayar panas untuk membawa toner kepada kertas. Ini kerana, di situ tidak mempunyai pin atau reben mekanikal, dot boleh ditempatkan dengan tepat di atas kertas. Mempunyai lebih 300 dot per inci adalah kuota yang biasa bagi pencetak laser. Pencetak laser merupakan kegemaran bagi mereka yang hendak membuat kerja penerbitan, semenjak keluaran (output ) bagi pencetak laser seperti gambar dan juga jenis-jenis tulisan amat cepat dan lebih baik berbanding dengan jenis pencetak yang lain.












Rajah 3 : Pencetak Laser


3.    Serial And Parallel Port

3.1  Apabila memasang pencetak pada sistem komputer, amat penting untuk mengenal jenis penyambung dengan melihat pada permukaannya. Penyambung tersebut akan menjadi penyambungan di antara komputer dengan pencetak. Kebanyakan pencetak mempunyai penyambung serial (kadangkala di panggil RS232) atau parallel (kadangkala dipanggil elektronik) atau kedua-duanya. Perbezaan di antara kedua-duanya ialah bagaimana maklumat pencetak di hantar.

3.1.1      Parallel Interface
a)    Permukaan parallel mempunyai penyambung jenis 25-way ‘D’ pada hujung komputer dan penyambung jenis 36-way pada hujung pencetak. Ia boleh dilihat pada gambar rajah di bawah:


Rajah 4: Serial And Parallel

b)    Maklumat yang dihantar pada pencetak ialah 8 bits (1 Byte) pada satu masa. Ia berkomunikasi dengan komputer melalui sistem bus. Ini mungkin merupakan alamat bus (address bus), data bus or expansion bus. Data parallel berpindah kepada pencetak dengan memindahkan kesemua 8 bits maklumat pada lapan garisan parallel yang berasingan, semuanya dalam parallel. Pencetak yang mempunyai permukaan parallel selalunya lebih baik dan mudah untuk dibeli kerana kebanyakan  komputer mempunyai penyambung port parallel tambahan.

3.1.2      Serial Interface
a)    Serial interface pada hujung komputer boleh dihubungkan sama ada penyambung 9-way atau 25-way seperti yang ditunjukkan sebelum ini. Penyambung 25-way disesuaikan dengan saiz kepada 25-way penyambung parallel kecuali penyambung serial pada komputer yang mempunyai pin (male) dan penyambung parallel pada komputer yang mempunyai lubang (female). Penyambung serial pada pencetak selalunya 25-way male ‘D’ tetapi ini selalunya tidak betul. Sesetengah pencetak mempunyai 25-way female, setengah ialah 9-way dan setengah soket bulat dengan dua atau lebih lubang.


4.    Pengimbas (Scanner)

4.1  Pengimbas (scanner) digunakan untuk mengimbas atau menangkap gambar dalam bentuk cetakan untuk dimasukkan ke dalam komputer dalam format fail seperti JPEG, TIFF, GIF dan BMP. Pengimbas terbahagi kepada dua bahagian iaitu hand-held dan flatbed.


Rajah 5: Pengimbas


4.2  Jantung utama sebuah pengimbas warna jenis flatbed ialah cip semi konduktor fotosensitif yang dipanggil CCD (charge-coupled device). Imbasan dengan menggunakan enjin CCD memerlukan sistem yang terdiri daripada cermin dan lensa untuk memfokuskan imej kepada CCD. Jenis pengimbas flatbed selalunya boleh mengimbas sehingga saiz kertas A4 dan ia adalah sama seperti dekstop photocopier. Pengimbas jenis hand-held menggunakan teknologi CIS (contact image sensor) yang membolehkan pengimbas yang dihasilkan lebih ringan dan kecil. Ini bermakna ia hanya mampu mengimbas benda-benda yang kecil sahaja berbanding dengan jenis flatbed. Dokumen yang besar boleh juga diimbas tetapi memerlukan lebih dari satu atau perisian yang istimewa untuk ‘bersama-sama’ bergabung. Gambar dan foto boleh juga diimbas dan juga boleh mengimbas warna juga.

4.3  CIS tidak memerlukan lensa optik seperti CCD dan tiub lampu katod dengan sensor. Dengan cara ini pengimbas dapat dibina dengan lebih nipis dan ringan. CIS tidak memerlukan kuasa elektrik yang tinggi dan ini bermakna ia boleh menggunakan bateri atau port USB (Universal Serial Bus). Kualitinya juga amat baik berbanding dengan pengimbas CCD.

4.4  Pengimbas juga memerlukan interface card untuk berhubung dengan expansion bus pada komputer. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan kad ini.















5.    Modem

5.1  Modem adalah singkatan bagi  Modular/Demodulator dan ia merupakan satu peralatan untuk menghubungkan talian telefon dan berhubung dengan komputer yang lain yang mempunyai jarak yang berlainan. Komputer yang dikawal pada hujung talian telefon perlu juga mempunyai peralatan ini. Modem disambung  pada serial port di komputer dan walau bagaimanapun kriteria yang sama bagi serial port  untuk pencetak boleh diguna, seperti kelajuan transmisi dan kabel sesiri (serial). Modem merupakan peranti yang digunakan untuk menukar strim bit digital menjadi isyarat analog yang sesuai untuk penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog (pemodulat), dan boleh menukar isyarat analog masuk kembali menjadi isyarat digital (penyahmodulat). Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan maklumat dari bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon) dan menukar balik analog kepada digital (dari talian telefon ke komputer).

5.2  Modem terbahagi kepada 2 kategori iaitu internal dan external. Modem dalaman (internal) kebiasaannya agak murah berbanding dengan modem luaran (external) dan memerlukan pemasangan di dalam komputer. Modem dalam memerlukan satu slot ISA yang terdapat pada papan induk komputer supaya modem boleh dipasang padanya. Kebanyakan PC di pasaran memiliki beberapa slot tambahan yang terbuka untuk tujuan ini. Ianya berbentuk sekeping kad litar yang dipasang pada papan induk dan menerima kuasa elektrik daripada pembekal kuasa. Modem luaran pula terletak di bahagian luar komputer dengan memiliki casing dan kabel pembekal kuasanya sendiri. Di samping itu, ia juga dihubungkan kepada port bersiri komputer anda dengan menggunakan seutas kabel penyambungan yang menjadikannya mudah di pasang atau ditanggalkan.

5.3  Tidak banyak perbezaan di antara kemampuan modem dalam dan luaran, kecuali spesifikasi yang tinggi lebih pada external. Modem luaran juga boleh dikongsi untuk kegunaan komputer yang lain dalam satu masa yang sama. Selain itu, modem luaran memiliki lampu-lampu dan alat pembesar suara menunjukkan status penyambungan. Komputer yang menggunakan modem luaran perlu dilengkapi dengan port bersiri yang terletak di bahagian belakang casing komputer. Kelajuan transmisi bagi sesebuah modem menerima data daripada modem yang diukur dengan kiraan kilo bit per saat (kbps). Secara umumnya, modem yang sesuai  digunakan untuk mengakses Internet adalah berkelajuan 28.8kbps atau lebih tinggi. Kini, modem yang berkelajuan 56kbps atau 56k sudah berada di pasaran. Tiada perbezaan mengenai kemampuan kedua-dua modem kecuali yang selalu mempunyai spesifikasi yang tinggi ialah modem luaran. Ia juga boleh dikongsi dengan komputer lain.










Transfer Standard

STANDARD
RECEIVE SPEED
TRANSMIT SPEED
V23
1200
75
V21
300
300
V22
1200
1200
V22bis
2400
2400
V32
9600
9600
V32bis
14400
14400

5.4  Apabila membeli modem dalaman, pastikan penyambung sambungan (expansion connector) adalah sama jenis di dalam komputer seperti 8-bit, 16-bit, MCA. VESA.

5.5  Terdapat empat (4) modem untuk talian analog:
i.    Internal modem
ii.   External modem
iii.  USB modem
iv. PCMCIA modem


Internal modem jenis slot PCI
External modem mempunyai procesor.

                

USB Modem


5.6  Modem jenis internal, external dan USB boleh digunakan pada komputer peribadi manakala modem jenis PCMCIA digunakan pada komputer bimbit (notebook). Pemilihan jenis modem tidak mempengaruhi kelajuan semasa mengakses Internet. Terpulang kepada kita untuk memilihnya. Pemasangan modem dalaman dapat mengurangkan kesesakan di atas meja manakala pemasangan modem luaran pula boleh digunakan sekiranya kita ingin menggunakan perkhidmatan fax tanpa perlu memastikan komputer dihidupkan. Cukup sekadar memastikan modem dihidupkan, maka modem luaran dapat menerima dan menyimpannya di dalam memori yang ada padanya. Sekiranya kita sering bertukar tempat dan bertukar PC, modem jenis USB amat sesuai untuk kita. Ini kerana proses pemasangan amat mudah serta tidak memerlukan unit bekalan kuasa luar seperti modem luaran. Memilih modem yang murah sudah mencukupi, hanya bertukar kepada modem berjenama apabila talian sering terputus talian semasa sedang menyusuri Internet.






No comments:

Post a Comment